Berjalan Tanpa Henti


Album : Berjalan Tanpa Henti

Munsyid : Devotees



Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
Kalau dah bertemu arah


Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah



Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia


Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Sunday, January 30, 2011

sekolah sains seri puteri




hyep.salam..
lg seminggu je lg nk kne pi asrama.
pertama kali pi asrama.
msti x biase mse awal2.hehe
bnyk sgt brg nk kne beli.duit pon kne bnyk jgak la.
kne cari kwn2 br kat sne.kne pndai jge dri...
sbb pelajar kat sne bkannye semua baik2.
biase la,manusia..ade bermacam-macam perangai.
em..xde smangat sgt la nk pi skola br ni.
sbb masih sedih lg nk kne tnggalkan kengkawan..
doakan la sy dpt kwn2 yg baik2 kat sne dan dpt kejayaan yg cemerlang dlm spm nanti.
papepon...syg korg (saljue hatie)~


glitter-graphics.com

bye kwn2.

Assalamualaikum..
em.sedih nye nk tnggalkan kwn2 lme.
lbih2 lg nk kne tnggalkan skola.
slame ni,mgkin kita prnh bargaduh,atau menyakiti hati sesama sndiri.
tp,percayalah.kite xkn lupa kan korg.luv u!
thanks sgt sbb slame ni snggup kawan ngan kite,
korg kne bnyk bersabar dgn karenah kte yg asyk2 nk main je kje.
kekadang 2 gelak x abis.pastu ske menyakat org len.hehe.
papepon,kekadang kite buat sume 2 untuk menghiburkan hati korg,
kite sronok kalo korg snyum atau gembira.
syida,yus..tata..kmpulan kite pisah sudah.
bile ade mase,kite jmpe lg.>_<Bye Myspace Comments


glitter-graphics.com

MyNiceProfile.com

Thursday, January 13, 2011

Aktiviti hjung tahun 2010


Assalamualaikum...

Hari 2 sy ada join program GEN-Q(generasi Al-Quran)..dalam kem 2, kteorg kne menghafaz Al-Quran.tp yg plg bez mse ada treasure hunt.treasure dlm hujan..mmg bez la.tp untuk treasure 2,dy xde pemenang.ni untuk sronok2 je...kte org kne susun ayt Al-Quran la,kne pi check point lain smbil berzikir la dan macam2 lagi...yg plg syok,sume org abis lenjun.pastu main blg2 tepung..mekap mke kwn2..hehe..
Selain 2, kteorg kne buat aktiviti dalam kumpulan. sy plak pernah kne ajr kat dpn.


Kalau nk diikutkan,mmg la tkot tp cbe la berani kan diri ke depan. kalo kat U lagi la bnyk kne ke depan..kte org kne wat persembahan tok hari terakhir program.mmg best la sbb kne berlakon dengan menyanyi lgu nasyid.sblum blk,ada penyampaian hadiah untuk kmpulan yg mng..cbe teka kmpulan spe yg mng??..=}..Alhamdulillah..setiap kmpulan dpt hamper..mkn rmai2,jemaah..hehe

Sebelum 2,sy kne amik keputusan pmr wktu kem gen-q.kne la kuar jap dari program..berdebar-debar tnggu keputusan..mse nk msuk dewan,tiba2 bonda su ckp tahniah.ingt kn sje je nak kelentong.tgk mke mcm main2 je.siap main kelip2 mata dgn ckgu zainab(guru kelas)..mse dah duk dpn ckg zainab,ckgu tny 'agk2 dapat bpe a?'..haha..soalan yg x bleh dijawab..tp Alhamdulillah..rezeki..dpt kputusan yg baik...


Tahun depan SPM plak..lagi menggerunkan..sy tgh tnggu tawaran ke sbp atau mrsm.Harap2 la dpt skola asrama yg terbaik untuk diri ini..smoga sy mendapat kputusan yg cemerlang dalam SPM..Amin..



glitter-graphics.com

Saturday, January 1, 2011

-Golongan-golongan yang tidak diterima solatnya-


· Orang yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
· Orang yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
· Lelaki yang menjadi imam, padahal makmum membencinya.
· Orang yang melarikan diri dari perjuangan.
· Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
· Perempuan yang suaminya marah padanya.
· Perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat.
· Imam atau pemimpin yang sombong, zalim dan menganiaya.
· Orang yang suka makan riba.
· Orang yang solatnya tidak dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar.”



glitter-graphics.com

Hipokrit??..

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.

Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.


glitter-graphics.com